Kursus Baru - Jahitan Langsir

Assalamualaikum semua;


Seperti yang dijanjikan, tahun 2011 membawa banyak lagi kursus-kursus baru. Antaranya adalah jahitan langsir dan jahitan kreatif.
Mahukah anda membuat pendapatan tambahan melalui jualan beg tote, menghasilkan cadar pengantin, cadar fitted, kusyen dan langsir pelbagai jenis? Jadikan pengetahuan menjahit anda sebagai sumber pendapatan sampingan?
Kami ingin memperkenalkan rakan kongsi kami http://indeliver2u.blogspot.com/
membawakan konsep jahitan kreatif. Layari laman web http://indeliver2u.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.


Indeliver2U juga menyediakan servis tempahan, ukuran dan pemasangan railing dan langsir sehingga kerumah anda. Hubungi 013-3583277 untuk keterangan lanjut.

Deposit Kelas

Salam dearest customer and reader;

tahun 2010 hampir ke penghujungnya. Selamat tahun baru buat semua. Apa azam anda? nak tingkatkan kemahiran? atau mencari-cari apa skill yang perlu ada untuk tahun 2011 supaya dapat mencari pendapatan lebih? apa kata mulakan dengan jahitan. saya pasti anda akan berpuas hati dengan apa yang anda akan pelajari. Skil yang patut ada pada semua wanita dan anak-anak perempuan.

Tahun 2010, saya banyak mendapat panggilan dan e-mel untuk kelas jahitan, namun, amat menyedihkan kerana ada yang telah berjanji untuk menghadiri kelas dan saya telah peruntukkan tarikh khas kepada pelajar tersebut tanpa mengambil sebarang deposit, namun pada saat akhir, sehari sebelumnya, kelas dibatalkan oleh pelanggan. Ini telah menyebabkan jadual guru yang saya tugaskan terganggu, dan saya terpaksa menanggung kerugian.

Pada tahun 2011, saya terpaksa mengambil deposit sebanyak RM100 bagi setiap kelas/ individu yang telah booking tarikh bagi memastikan pelanggan komited dengan tarikh yang diberikan. untuk deposit, pelanggan perlu booking tarikh, pilih pakej dan bank-in ke akaun yang akan saya berikan. sekiranya pelanggan tidak dapat hadir, saya akan gantikan dengan tarikh lain dan guru lain yang bertugas pada hari tersebut. bayaran penuh akan dijelaskan selepas guru habis mengajar.

Semoga tahun 2011 membawa rahmat kepada kita semua. Nantikan kelas -kelas baru yang akan dianjurkan oleh kami seperti kelas langsir, jahitan kreatif dan sebagainya yang akan diumumkan kemudian.

Sekian, berjumpa kita ditahun baru.

hafiza (010 2467647 untuk tempahan dan pertanyaan)