Teknik Melukis Leher baju dewasa dan Kanak-kanak (revision untuk bekas student kelas jahitan Jalabiya House

Assalamualaikum;

Saya lampirkan nota untuk bekas student saya yang masih keliru dengan kaedah melakar leher mengikut saiz badan. Formula boleh digunakan untuk melakar apa jua jenis leher. Anda hanya perlu kreatif dan berani mencuba.

Sekiranya ada yang tidak faham, boleh hubungi saya.


Selamat mencuba.

Pembaharuan untuk Kelas Pakej 3

Atas permintaan pasaran, kelas tudung akan mempunyai silibus baru iaitu seperti dibawah:

1. tudung Ariani
2. tudung Syria
3. tudung Ariani berlapis seperti dibawah: kredit to Lina from Faiqa Hijab
**free shawl design silibus


**dengan ini, kelas tudung untuk silibus hajaba dimansuhkan kerana ketiadaan permintaan dalam pasaran tudung. 

Berita Gembira Dipagi Khamis

Salam dear all readers;


Pagi2 dapat mesej yang begitu menggembirakan saya:


"Salam. Apa Khabar? K shiqin dah mula dpt tempahan blouse dan jubah. Tudung pun ada. Cuti CNY tak kemana, sibuk menjahit je. Nanti nak download gambar2 dlm blog"


- kak Shiqin, Subang Jaya.


Sedikit info mengenai kak Shiqin:


Bekerja sebagai Engineer Civil di Putrajaya Holding. Ibu kepada 4 anak2 yang baru nak membesar. Menjadi ibu tunggal tatkala anak2 masih kecil serendah umur setahun lebih. Sangat sedih mendengar kisah hidup beliau dan keadaan tekanan hidup yang dihadapi. Suami langsung tidak ambil peduli hal anak-anak. 


Mula mempelajari teknik menjahit jubah, tudung dan teknik tersebut diapply pada baju sekolah anak2, mula mendapat tempahan dari sekolah dan komuniti masjid sekitarnya sejak minggu pertama belajar. Alhamdulillah, teknik yang sama diapply pada blouse. Dan rezeki mula mencurah-curah.


Kami di Jalabiya house mendoakan hidup Kak Shiqin sentiasa diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin

Gambar Semasa Kelas


Kelas Ayu dan Aishah- siap bj kurung...sampai malam duk jahit...huhuhhuh

Saja-saja nak masukkan jugak....teknik alteration baju...hehehe

kelas wina--maluu nak amik gambar

buku nota otai- kak azizah salak Tinggi...fuhh...buku dia, penuh ngan nota....tahniah kak. Rajin revise.....


Hidayah dari Teluk Panglima Garang. Baru first modul dr keseluruhan 5 modul. Buat tau assignment tu

Cam biasa Model Terjun....memperagakan tudung berlapis jahitan Suzana..
Susun dulu kainnya


baru gunting....dengan berhati2, no wonder tudung ni mahal. Boleh jual RM50-70 sehelai...

Zana and babynyer yang chubbyyy sangat


Kelas Kak Ayu dan Fieza---Kak Ayu datang jauh dari Seremban utk belajar..tahniah k ayu n fieza aka Izz
Nanti kita jmpa untuk kelas baju melayu pulak  yer...see you

Khusyuk menjahit

dah siap.....baju kurung (first day), n jubah (second day)




Kelas Aiza dan Ani -@Garage Boutique di  Kajang Sentral
Pengusaha Butik Fesyen Casual-sedang dalam proses utk menjenamakan produk sendiri...InsyaAllah, sekarang sedang ada SALE 50% di butik di SINI

Kelas Annie- Putrajaya...seronok, happy go lucky- dah siap baju kurung pahang...first time in 20 years ++ pegang mesin jahit



Kelas Noorelina- mom to be , pengusaha perniagaan tudung di Shah Alam--dalam proses untuk membuat jenama tudung sendiri secara wholesale...tahniah



Aiza dan Ani yang khusyuk potong jubah......amik gambar pun dah tak leh posing...


Ta daaaa....baju kurung pahang Annie- dah siap, terus pakai


Noorelina aka Ina---tulis nota, maluuu nak bergambar...hihihih..curi2 snap..


Hasil tudung Ala Ariani, Syria dan Butterfly dari Noorelina--tahniah...
kalau nak berkunjung ke kedai Ina...tempatnya di Tapak depan Secret Recipe- Ole2 shopping mall Seksyen 18, Shah Alam, macam2 tudung ada dengan harga berpatutan. Jumaat - Ahad, di Perkarangan Masjid Shah Alam.....jemput datang


Ani dengan baju kurung pesak gantung.......kain belum lulus yer ...kena redo balik

Kelas kak Ann- Alam Budiman, Puncak Alam. Baju Melayu sepsang dengan seluar untuk anak bujang....nanti boleh ler buat baju raya sendiri. takyah susah2 upah...mahal...


Teknik Cantum Zip


Kelas Yanie. dan Lina (tiada dalam gambar)....Yanie -pemborong dan supplier kain sulam, jubah dari luar negara. Bisnes besar, pandai buat duit......sekarang dalam proses menjenamakan sendiri pakaian yang akan dihasilkan. Tahniah.......

Lina - penjual tudung online di SINI - tudung yang cantik dan sangat affordable. Juga dalam proses nak menjenamakan sendiri tudung secara eksklusif di pasaran.


Jubah dan baju kurung yang dihasilkan


Senyum lihat hasil kerja tangan, 


Kelas happening dan pening---riuh satu rumah, Kelas Airien, Azreen dan Ija. ketawa, makan, ketawa, makan lagi...hahah. baju Ija dah siap, boleh pakai


Ija khusyuk, Azreen tunggu turn....

Tudung dan Baju Azreen dah siap.....terus pakai tudung tu sampai balik rumah...hihi

tiga dara pingitan - Ija, Azreen dan Airien--tahniah...



Kelas Julie di Alam Suria---gambar orangnye dalam memory card HP....then corrupted...tak boleh bukak..sian, ramai lagi gambar2 student dalam tu.....Kak Masni, Kak Shiqin, dan ramai lagi-----sori yer. Tapi kalau akak2 ada gambar, boleh emel pada saya di jalabiyahouse@gmail.com. saya akan uploadkan

Izan dari Puncak Alam---tak pernah pegang mesin jahit, siap jer tudung, terus pakai utk tunjuk pada suami....
Lin dari Puchong Permai---khusyuk.....





Dah Siappp......tahniah

suzana- dah siap tudung ala-ariani

jubah dah siap--next week, ready utk baju kurung pulak, tak pernah pegang mesin jahit seumur hidup

kak ros, sam jugak-tak pernah pegang mesin jahit--bravo

linda-khusyuk, dah pandai baju kurung, buat pesak pahang pulak

heheh....action....snappp, tak percaya boleh buat jubah..

posing sambil gunting kain utk buat tudung

dah siapp

kak ros- dari rawang- sesi potong kain

emma- sesi gunting pola, 
Kelas Maz aka Siti Mazlita- Wangsa Maju...pengusaha biz online, kerja dan belajar, orangnya boleh tengok di SINI

leher yg cantik.....for first time menjahit...ok lah kan


baju kurung dah siap

polar untuk buat leher kurung nursing....bagus utk dipasarkan...belum ramai yg buat, good idea of biz
tahniah Maz