PENGUMUMAN - JALABIYAHOUSE AKAN DITUTUP SEMENTARA

Assalamualaikum;

mesti terkejut kan dengan title kat atas ni...hehehe

Okay, diulang yer semua student dan bakal student JHouse; kedai dan operasi JHouse akan ditutup sementara bermula 8 Oktober 2012 sehingga 31 Januari 2013 kerana saya akan berehat untuk menumpukan kepada kelahiran bayi saya yang ke empat.....insyaAllah.

Bukan terus tutup ye. sementara itu, lokasi Jalabiyahouse yang baru akan dibuka pada 1 Februari 2013 dengan kedai konsep baru...(masih dalam perancangan). Tungguuuu yer.

Jadi kepada sesiapa yang masih bermasalah dan nak belajar buat baju raya untuk Raya Aidiladha...dialu-alukan ke kelas yang akan diadakan pada tarikh berikut. hanya yang bayar deposit dan booking sahaja boleh datang yer.

Kelas akan mengikut pattern yang ditetapkan bagi memudahkan pengajaran. ini tarikhnya.

22-23 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN JUBAH / DRESS MODEN / KURUNG MODEN(TAMBAHAN KEPADA YANG NAK NURSING JUBAH JUGA BOLEH JOIN) (promosi hanya RM 130 sahaja- untuk nursing RM 150 sahaja)

29 - 30 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN TUDUNG / TELEKUNG (promosi hanya RM 130 sahaja)
** tudung yang akan dijahit adalah ariani dan ala-ala fareeda (layer)

6 -7 OKTOBER - BENGKEL JAHITAN BAJU KURUNG TRADISIONAL / RIAU / PAHANG (YURAN RM 150 SAHAJA)


ingat yer......3 minggu ja lagi kelas akan dibuka, selepas itu saya akan bercuti panjang, walaupun berehat, saya akan adakan projek baru untuk tahun 2013...nantikan yer.

Kepada yang nak join kelas, SILA SMS KE 016 205 7647 (SMS ONLY), semua yang booking dengan bayaran sahaja boleh join.