Berita Gembira Dipagi Khamis

Salam dear all readers;


Pagi2 dapat mesej yang begitu menggembirakan saya:


"Salam. Apa Khabar? K shiqin dah mula dpt tempahan blouse dan jubah. Tudung pun ada. Cuti CNY tak kemana, sibuk menjahit je. Nanti nak download gambar2 dlm blog"


- kak Shiqin, Subang Jaya.


Sedikit info mengenai kak Shiqin:


Bekerja sebagai Engineer Civil di Putrajaya Holding. Ibu kepada 4 anak2 yang baru nak membesar. Menjadi ibu tunggal tatkala anak2 masih kecil serendah umur setahun lebih. Sangat sedih mendengar kisah hidup beliau dan keadaan tekanan hidup yang dihadapi. Suami langsung tidak ambil peduli hal anak-anak. 


Mula mempelajari teknik menjahit jubah, tudung dan teknik tersebut diapply pada baju sekolah anak2, mula mendapat tempahan dari sekolah dan komuniti masjid sekitarnya sejak minggu pertama belajar. Alhamdulillah, teknik yang sama diapply pada blouse. Dan rezeki mula mencurah-curah.


Kami di Jalabiya house mendoakan hidup Kak Shiqin sentiasa diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin

No comments:

Post a Comment