Jadual Kelas Jahitan Bulan JULAI 2011

Assalamualaikum;

Lama dah tak mengaktifkan blog. Alhamdulillah......Jalabiyahouse telah mula melangkah lebih panjang. Pada 16 dan 17 Julai akan diadakan kelas Jahitan intensif dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor di Rumah Exco Selangor. InsyaAllah, dapat membantu golongan ibu tunggal menambah pendapatan bagi menyara anak. Banyak kisah dan teladan yang kita patut belajar dari golongan ibu tunggal. Jangan kerana kita dikurniakan rumah tangga bahagia, suami yang bergaji besar bermaksud jodoh kita selamanya kekal. kita sebagai wanita harus mencuba mencari skil-skil baru dan sentiasa membuat persediaan dari segi kewangan. tambah pendapatan keluarga untuk membantu meringankan beban suami.

Banyak cerita indah dari Jalabiya House: Antaranya:

1. Kay @ Kota Kemuning- tak pandai menjahit, menggunting kain- telah berani mengambil tempahan baju sekolah dan baju adik beradik
2. Aisyah @ Sungai Way - tak pernah menjahit - menjual tudung kecil-kecilan
3. Ina @ Seksyen 7 Shah Alam- tokei kedai tudung yang dulunya membeli tudung dr pemborong- dah ada production tudung sendiri. Skarang sedang buat usahasama dengan JalabiyaHouse bagi menerbitkan design jubah untuk pasaran raya
4. Kak Shiqin @Subang- tak pandai skil menjahit baju - mengambil upah menjahit jubah anak-anak sekolah
5. Siti @PJ - tak pandai menjahit, dah start buat baju raya. siap dah sepsang. Baru belajar last week

dan sebenarnya ramai lagi. Semua mempunyai niat yang sama, menambahkan skil dan cuba mencari peluang dalam bidang jahitan. InsyaAllah, pulangan yang sangat lumayan.

Sepanjang saya mengandalikan kelas di JalabiyaHouse, antara kelas yang paling diminati adalah :
1. Baju kurung
2. Kurung Pahang/ Pesak Gantung
3. Kurung Moden
4. Tudung

Di atas permintaan untuk menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri 2011, kami menambahkan lagi kemeriahan dengan membuat KELAS INSTENSIF RAYA EDITION 2011. Jadual adalah seperti di bawah untuk BULAN JULAI 2011:

3 Julai 2011 - Kelas Baju Kurung / Kurung Pahang / Pesak Gantung

Tarikh-tarikh lain akan diumumkan kemudian kerana memerlukan conformation untuk booking2 dari penganjur luar. tq

JADUAL JULAI TERKINI - UPDATE pada 6 Julai 2011


23 julai - kurung/kurung pahang/kurung pesak gantung/ tudung ariani
24 julai - jubah moden/ kurung moden/ tudung ariani


call 010 2467 647 untuk booking ye.