Assalamualaikum;
Syawal masih terasa bahangnya...setiap minggu banyak jemputan open house yang perlu dihadiri (perlu...hihih, wajib tu), tapi kita kena sentiasa beringat-ingat, masa Syawal ni, banyak penyakit yang tak dijemput turut hadir dalam badan. Mana tidaknya, satay, kambing, rendang, nasik beriani, dan macam-macam lagi. Air mesti yang manis-manis. mana ada openhouse air masak jer kan?
Namun, kemeriahan syawal ini tidak sekali mengganggu operasi Jalabiyahouse kerana kami juga telah mengaturkan Jadual
Kelas September yang kini telah FULL. Kini Jadual Bulan Oktober pulak. Oktober ada 5 Minggu. Book awal ye.
Kami juga memperkenalkan kelas baru di penghujung Bulan Oktober :
Kain Duyung, Kain Vintage dan Kain Kipas - RM 180 untuk 3 pattern ini. Murahkann??
Oh ya, ingat tak soal selidik yang kami buat untuk melihat keperluan kelas pembaca setia Jalabiyahouse? dibawah ni adalah statistiknya.
Statistik Keperluan Kelas:
KELAS
1. bj kurung / pahang / pesak gantung -
19
2. kurung moden/jubah -
22
3. tudung -
20
4. 3 manik advanced -
14
5. baju kanak-kanak -
12
6. baju melayu -
12
Penyumbang Statistik Jalabiya House datang dari:
1. KL/Wangsa Maju/Ampang -
2. Batu Uban, Pulau Pinang
3. johor Bahru
4. muar
5. Putrajaya
6. Sepang/ Salak Tinggi/ Kota warisan
7. Kangar
8. Shah Alam / Klang
9. Sungai buloh, Jeram
10. kajang / Bandar Baru Bangi
Demi memenuhi permintaan semua, saya akan mengadakan kelas mengikut kumpulan, tapi kalau sampai luar Selangor, saya khuatir tak dapat memenuhi permintaan anda. Mungkin ada rezeki kita, kalau-kalau Jalabiyahouse dapat membuka cawangan di sana, InsyaAllah...semoga murah rezeki dan dapat lebarkan sayap.
Kelas Bulan Oktober:
1 Oktober - Kelas Kurung / Pesak Gantung / Pahang
(Universiti Tun Abdul Razak, PJ)
2 Oktober - Kurung Moden / Jubah
Kemuning Utama
3 Oktober - Tudung dan baju Kanak-kanak
Kemuning Utama Shah Alam
(atas permintaan rakan baik dari Sabah yang sanggup ke Shah Alam untuk mengambil kelas, Jalabiyahouse akan tetap beroperasi pada hari Isnin)
4 Oktober - 3 Manik Advanced
Kemuning Utama Shah Alam
(Sesiapa sahaja surirumah atau yang berhajat untuk mengambil cuti tahunan, anda dijemput menyertai kelas pada 3 dan 4 Oktober)
8 dan 9 Oktober - Kelas Baju Kurung dan Kurung Moden
(Puncak Perdana / Puncak Alam, Shah Alam)
15 Oktober - Kelas Kurung Moden / Jubah/ Tudung
(Bandar Baru Salak Tinggi)
16 Oktober - Kelas Baju Kanak-Kanak / Tudung
(Kemuning Utama Shah Alam)
22 Oktober - Kelas 3 Manik Advanced
(sesiapa yang ingin offer tempat di kawasan anda dipersilakan. kami akan datang ketempat anda membawa semua peralatan, dan yuran anda diberikan PERCUMA dan peserta dikumpulkan sekitar 7 orang) ***
23 Oktober - Baju Kurung/ Pahang/ Pesak Gantung
(
sesiapa yang ingin offer tempat di anda, dipersilakan. kami akan datang ketempat anda membawa semua peralatan, dan yuran anda diberikan PERCUMA dan peserta dikumpulkan sekitar 5 orang) ***
29 dan 30 Oktober - Blouse dan Kain Duyung, Kain Vintage dan Kain Kipas
(Kemuning Utama Shah Alam)
***jika tidak cukup perserta, boleh hubungi saya untuk saya publish dalam blog dan hubungi peserta yang telah berdaftar dalam statistik.
Sekian...salam Syawal