Product Jalabiyahouse - kraftangan kristal dan aksesori wanita

Salam semua....

Semakin kita melangkah ke hari seterusnya, pastikan esoknya lebih baik dr semalam....alhamdulillah, umur masih panjang...

Jalabiyahouse sedang menambah lagii kelas-kelas kemahiran tidak kira jahitan, sulaman dan sebagainya. ada yang bertanya, saya x pandai dan tidak minat menjahit...apa yang saya boleh buat untuk menambah pendapatan??  Jawapannya...boleh cuba kraftangan kristal dan aksesori wanita. lihat hasil seperti di bawah.

sebenarnya tiada batas untuk melakukan apa saja, asalkan hendak.

Cubalah............cari buku-buku, atau jika tidak dapat, carilah guru. Tambah ilmu didada......

Gelang tangan

kerongsang

gelang roll

kit untuk kraf aksesori wanita

pearl

manik---yang ni dah tercampur2...ganazzzz

stone

tasbih kristal

Aktiviti Jalabiyahouse sepanjang bulan Januari dan Februari

Salam semua...

Semua masih ternanti2 apakah jadual kelas seterusnya? Kami di Jalabiyahouse semenjak dua menjak ni sibuk....dengan aktiviti renovation, dan pembersihan kedai pada cuti raya cina nanti. InsyaAllah.....

Jadual yang padat: Raya cina, balik kampung untuk rehatkan minda dan mencari idea2 baru yang memberikan benefit pada semua ahli Jhouse.

Planning dengan rakan kongsi bagi menerbitkan edisi tudung, blouse, baju kanak2.

Planning dengan rakan kongsi Sabah bagi memasarkan tudung dan blouse secara borong di Outlet Sabah


28 Januari : Kelas Baju Melayu di Jalabiyahouse (Baju cekak musang)

29 Januari : Saya akan menghadiri Kelas Beading Kak Rosita Jaafar --tak sabarnyer. Cikgu pun kena belajar jugak

1 Februari : Kelas Tudung di Jalabiyahouse


4 Februari: Kelas Pakej Tradisional di Jalabiyahouse 


5 Februari : Kelas Pakej Moden di Jalabiyahouse 


6 Februari 2012 : Kelas Pakej Moden 


7 Februari 2012 : Sambungan Kelas Baju Melayu (Seluar)

18-19 Februari : Kelas Manik 3D dengan kerjasama Rabiah Collection (masih ada kosong)


Kelas terakhir bulan Februari:


25 Februari : Kelas Pakej Tudung


26 Februari : Kelas Pakej Kanak-kanak (sesiapa yang dulu belum habis syllabus, sila datang)

wahhhh...sangat produktif Jalabiyahouse.

PENGUMUMAN : Mulai 1 Februari 2012, kelas pada hari biasa turut diadakan dan ada 4 guru yang akan mengajar  (kenalkan Cikgu Danila, Cikgu Norlida; Cikgu Mahani dan Cikgu Elina)

Setiap Cikgu ada kepakaran masing-masing, jadi hubungi saya untuk saya aturkan kelas dengan Cikgu2 pada hari biasa (Isnin - Jumaat). Sesuai untuk suri rumah yang bekerja dan tidak ada masa untuk kekelas pada hujung minggu..Sesuai juga untuk Cikgu2 yang bercuti semasa cuti sekolah.....

Cepat : dah boleh booking kelas untuk cuti sekolah. Cuma hubungi saya di 010 2467 647 atau email jalabiyahouse@gmail.com dan nyatakan apa yang anda ingin pelajari, saya akan aturkan dan pakej menarik akan diberikan....

PENGUMUMAN LAGI : masih ada tempat kosong untuk Kelas manik 3D bersama Rabiah Collection 

http://jalabiyahouse.blogspot.com/2012/01/kelas-manik-3d-special-dengan-kerja.html

sesiapa yang join akan dapat baucer diskaun RM30 untuk mana2 kelas dengan Jalabiyahouse. Jangan lepaskan peluang yer.

Selamat tahun baru Cina---dan selamat bercuti. semoga mendapat nafas baru dan semangat baru....

Kelas Manik 3D Special dengan kerja sama JALABIYAHOUSE dan RABIAH COLLECTION (FB - Kongsi Ilmu Manik)

Salam semua;

KELAS MANIK 3D - 15 PATTERN BERMULA ASAS HINGGA 3D
2 HARI
18/2 - 19/2/ 2012
TEMPAT : Lot Kedai sebelah CARREFOUR BUKIT RIMAU, SHAH ALAM (No 10-1)
MASA : 9.00 PAGI - 6 PETANG (2 hari- Sabtu dan Ahad)

DENGAN SEMUANYA DISEDIAKAN TERMASUK MAKAN, SIJIL, PERALATAN.

YURAN HANYA RM 250 SAHAJA.SANGAT BERBALOI....ikut survey biasa yuran untuk 3D pattern adalah RM 350 untuk 2 hari.

apa lagi....hubungi saya di 010 2467 647 untuk booking tempat anda.
Ini adalah contoh pattern yang akan dipelajari selama dua hari...Cepat2, jangan lambat daftar.
Saya ingin menawarkan kepada anda2 seperti dibawah:

1. Orang Kelainan Upaya (tidak buta)
2. Ibu tunggal
3. Anak2 baru lepas belajar SPM, Universiti dan tidak tahu apa nak buat utk isi masa lapang
4. golongan yang tidak mempunyai pekerjaan (VSS), Opt

ANDA JOIN KELAS INI, DAN SAYA AKAN BERIKAN BAUCER DISKAUN SEBANYAK RM 30 UNTUK MANA-MANA KELAS JAHITAN YANG ANDA INGIN JOIN DENGAN JALABIYA HOUSE.

Cepat-cepat........hubungi 010 2467 647 (hafiza) untuk keterangan lanjut


PETA KE JALABIYAHOUSE



Jadual Kelas JANUARI 2012

Salam semua;

Kami mulakan Januari ini dengan kelas seperti berikut:

Sabtu : 7 Januari 2012 - Jahitan Baju Kurung / Kurung Lining
Ahad : 8 Januari 2012 - Jahitan Tudung 


Sabtu 14 Januari 2012 - Jahitan Moden
Ahad 15 Januari 2012 - Jahitan Moden

Sekian dulu buat kali ini. hubungi 010 2467 647 untuk booking tempat ye.

Sekian.

PAKEJ TAMBAH NILAI 2012 - SANGAT MENARIK


Assalamualaikum semua;

Sempena 2012, setelah 3 minggu bercuti, saya memikirkan , apa lagi yang akan kami tawarkan kepada semua? Apa lagi nilai tambah yang boleh saya berikan supaya saya dapat mencurahkan bakti dan ilmu yang saya ada ini pada semua  Penyokong dan Pendokong  JALABIYAHOUSE  ? ada beberapa yang telah terlintas untuk dibuat pada tahun ini.
Ini adalah Pakej yang saya telah buat survey (PALING MURAH dan BERBALOI) yang ada buat masa sekarang. Grab it.........

Penuhkan ilmu menjahit didada pada 2012 dengan Pakej-pakej dan nilai tambah bersama JALABIYAHOUSE seperti di bawah:

Pakej Baju Tradisional: A  (hanya RM 330 sahaja TERMASUK KIT)
1. Jahitan Baju Kurung Tradisional
2. Jahitan Baju Kurung Lining (atas permintaan ramai)
3. Jahitan Baju Kurung Pahang
4. Jahitan Baju Kurung Riau

Pakej Moden: B (hanya RM 250 TERMASUK KIT)
1. Jahitan Baju Kurung Moden
2. Jahitan Jubah Moden
3. Jahitan Blouse (cutting kembang)

Pakej Tudung: C (hanya RM 150 TERMASUK KIT)
1. Jahitan Tudung Ariani
2. Jahitan Tudung Scallop
3. Jahitan Tudung Syria
4. Jahitan Tudung Siti

Pakej Kanak-kanak: D (hanya RM 250 TERMASUK KIT)
1. Jahitan gaun A line
2. Jahitan gaun kembang
3. Jahitan rompers

Pakej Baju Melayu: E (hanya RM 250 TERMASUK KIT)
1. Jahitan baju melayu

Pakej Kraf: F (hanya RM 150 TERMASUK KIT) - atas permintaan sahaja. Hubungi 010 2467 647 untuk keterangan lanjut
1. Jahitan Beg Tote
2. Jahitan Pencil Case
3. Jahitan Cushion Cover
4. Jahitan Sarung Bantal dan tilam bayi

Pakej Ibu Mengandung: G (hanya RM 200 TERMASUK KIT) -atas permintaan sahaja-Hubungi 010 2467 647 untuk keterangan lanjut
1. Jahitan baju nursing (baju kurung)
2. Jahitan baju mengandung

Sekiranya berminat untuk memilih pakej secara bercampur-campur, dialu-alukan untuk hubungi saya di 010 2467 647 untuk keterangan lanjut. 

Lain-lain yang kami adakan:

Pakej Manik (hanya RM 150 TERMASUK KIT)
1. Jahitan Manik Crumble (3 jenis)
2. Jahitan Manik Shimmering Flora (1 Jenis)
3. Jahitan Manik 3D

TAMBAHNILAI UNTUK PELAJAR JALABIYAHOUSE:

sign up untuk mana-mana 2 pakej, bakal mendapat harga pada kadar diskaun yang memang meletup.


**Kelas pada hari SABTU, AHAD atau CUTI UMUM sahaja
**bayaran boleh dibuat secara ansuran sehinggalah kelas selesai
**tidak perlu bawa apa-apa, bawa badan dan buku nota sahaja


Selamat Berjaya. Semoga 2012 dapat membawa kebahagiaan buat semua. InsyaALLAH



Mulakan dengan BISMILLAH

Assalamualaikum;

Lama rasanya Jalabiyahouse bercuti (dalam 3 minggu) kerana menguruskan perkahwinan adik, dan menguruskan reka letak kedai baru.

Kita hanya merancang, namun hanya ALLAH jua yang menentukan. Kami di Jalabiyahouse bersemangat ingin memulakan tahun baru 2012 dengan mengadakan kelas pertama di tempat baru di SINI namun ALLAH punyai perancangan lebih baik untuk kita semua.

Disebabkan owner kedai lambat memberikan CF, kerja pengubahsuaian tertangguh. dan perancangan untuk membuat kelas di Lot Kedai baru tertangguh berikutan tiada permit CF. Alangkah berkuasanya sekeping kertas bernama CF ni. huhuhuhu

Namun, anda jualah yang telah menaikkan semula semangat saya ini. Bertalu-talu telefon dan emel bertanyakan, Bila pakej 2012 akan keluar? bila nak mula kelas,? tak sabar dan bersemangat saya nak datang kelas cikgu.

Dengan penuh rasa syukur atas sokongan yang diberikan, sata teruskan jua kelas bulan Januari ini. Tapi Kelas akan di buat di tempat lama di KEMUNING UTAMA, Shah Alam. Mungkin setelah selesai renovation, saya akan announcedkan tarikhnya nanti. Ada 2 benda yang akan di war-warkan iaitu :


i. PAKEJ MENARIK DI 2012
ii Jadual Bulan Januari

nantikan di Post berikutnya. luv u all.