Salam AidilAdha- Kelas akan disambung semua seperti biasa

Assalamualaikum;

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua Jhousers. Sempena AidilAdha ini, cerita pasal korban dan pengorbanan...sanggupkah kita korbankan sesuatu untuk orang-orang tersayang?

Apa yang kita sedang korbankan selama ini? mungkin masa, masa yang patut kita gunakan untuk bersama orang tersayang terpaksa kita gunakan untuk mencari rezeki, mencari ilmu dan mencari sesuatu yang baru dalam hidup. Tapi pada saya tak mengapa, kerana kita buat sesuatu yang menguntungkan dan memberikan masa depan yang cerah untuk keluarga kita.




InsyaAllah, mulai bulan Januari 2012, Jalabiyahouse akan beroperasi di tempat baru...bersebelahan Carrefour Bukit Rimau Shah Alam. Semuanya untuk keselesaan anda semua dan memudahkan anda untuk mendapatkan bekalan fabric kerana berdekatan dengan Nagoya Bukit Rimau...startegik untuk pencinta fabrik dan pemunya hobi menjahit. Dan kalau nak ajak saya sekali g shopping, apa salahnya kan? Saya ni pantang nampak kain...heheheh.....

InsyaAllah, modul baru akan diperkenalkan pada tahun 2012. Antaranya:


1. Jahitan Langsir
2. Jahitan Beg / Tote Bag / Purse
3. Kraf
4. Jahitan Cadar fitted
5. Jahitan Quilt
6. Jahitan 5 manik advanced
7. Jahitan manik bracelet / atau yang terkini

dan pembaharuan untuk pakej-pakej jahitan.

Penambahan modul baru seperti kebaya, hooded blouse dan hooded jubah juga sedang dalam perancangan.

Kelas Jhouse juga akan beroperasi setiap hari mengikut jadual yang anda pilih sendiri. Tetapi jika kelas hujung minggu, akan mengikut jadual yang telah saya aturkan seperti biasa ye. Sebab hujung minggu biasanya ramai, jadi kena tetapkan jadual. Jika puan-puan adalah suri rumah, kami menyediakan guru yang akan bertugas pada hari biasa.

Kami juga ingin membuka peluang kepada pelajar yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar JHouse. Boleh hubungi saya di 010 2467 647 untuk keterangan lanjut.

Banyak pengorbanan yang perlu kami lakukan sekarang, masa, wang, tenaga dan sebagainya bagi menjayakan projek ini. Doakan kami.

p/s ---- Untuk student yang telah confirm untuk kelas pada hujung minggu ini, jemput datang.
recall jadual :

Sabtu : 12 November - Kelas kurung pahang/ pesak gantung
Ahad : 13 November - kelas kurung moden / jubah moden

Jumpa nanti.....wassalaam

No comments:

Post a Comment