Jadual Kelas Bulan Disember

Salam semua;

Sekejap je dah nak sampai hujung tahun. Semua yang kerja cikgu, bestnya cuti sekolah, apa nak buat cuti ni? ada plan?

Jalabiyahouse dah lama nak buka peluang semasa cuti sekolah ni nak buat kelas, tapi hari biasa, tiada cikgu dan tempat yang sesuai untuk kita adakan kelas, insyaAllah, mulai 2012, keperluan cikgu2 dan surirumah akan kami penuhi, kelas setiap hari akan diadakan.

Anyway, kita habiskan dulu untuk tahun 2011 ini, masih tinggal 5 minggu lagi. Kelas yang akan diadakan adalah pada tarikh berikut:

 3 Disember 2011 : Baju Kurung Tradisional
4 Disember 2011 : Baju Kurung Moden
10 Disember 2011: Baju Kurung Pahang / Pesak Gantung
11 Disember 2011: Jubah Moden dan Tudung

begitulah pengakhiran untuk tahun 2011 : pertengahan disember dan akhir disember, saya akan menghabiskan masa dikampung kerana ada kenduri kahwin adik lelaki saya di Kedah dan menyediakan persiapan untuk pembukaan Kilang Jalabiyahouse di Bukit Rimau Shah Alam. Disamping persediaan untuk jadual dan silibus tahun 2012.

Nantikan banyak modul baru di 2012 ye. dan Kelas akan bertambah selesa di tempat baru InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment