Kelas Bulan September 2012 - Pengalaman Jual Baju Kanak-kanak

Assalamualaikum semua;

terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya...belum terlambat rasanya sebab saya pun masih bercuti raya...raya sakan tahun ni..hahaha....

Saya pasti raya tahun ni memberi seribu makna kepada semua, terutama kepada pelajar-pelajar Jalabiyahouse yang bertungkus lumus menyiapkan baju hasil jaitan sendiri. terasa puas kan bila anak-anak dan suami  dan diri sendiri pakai baju yang dijahit sendiri. Manis sangat pengalaman tu, walaupun ada student2 yang masih tak berapa mahir, jahitan tak berapa lurus, tapi alangkah bangganya bila dapat mengaku..." baju ni saya jahit sendiri"...

Kebaikannya....kain kita dapat beli corak yang kita suka.....pattern ikut badan sendiri, tak ada masalah ketat sana, longgar sini......

Perjuangan Jalabiyahouse turut diteruskan semasa Ramadhan lepas, Jalabiyahouse berjaya menjual lebih 100 pasang baju kurung kanak-kanak....banyak permintaan sebenarnya untuk baju kurung kanak-kanak. gerai tak sempat bukak, dah ada pemborong call untuk borong baju..

gerai baru buka setengah jam, dah habis 40 pasang terjual.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi usahawan baju kurung kanak-kanak, anda jangan bergantung kepada tailor atau supplier luar, anda sendiri boleh jual dan untung 100%. 

Bagi menyambut Raya Aidil Adha, Jalabiyahouse teringin mengadakan BENGKEL JAHITAN BAJU KANAK-KANAK yang merangkumi fesyen yang saya akan nyatakan dijadual dibawah. Sesiapa yang teringin nak memulakan karier menjual baju kana-kanak, silakan untuk join. Selain itu, saya sediakan juga bengkel Jahitan Jubah / Dress Moden kerana Raya Aidiladha biasanya orang nak pakai jubah, dan nak jubah untuk dihadiahkan kepada ibu/ ibu mertua. Apa salahnya kan berhabis untuk orang tersayang.

Selain itu, Bengkel Jahitan Kurung Moden, Kurung Pahang tetap diteruskan seperti biasa ye. Check Jadual dan Book tempat segera.


8 - 9 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN KURUNG RIAU / PAHANG / KURUNG PESAK (promosi hanya RM 130 sahaja)

15 - 16 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN BAJU KANAK-KANAK ( 2 PATTERN AKAN DIAJAR IAITU KURUNG PAHANG, KURUNG MODEN KEMBANG ) (promosi hanya RM 200 sahaja)

22-23 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN JUBAH / DRESS MODEN (TAMBAHAN KEPADA YANG NAK NURSING JUBAH JUGA BOLEH JOIN) (promosi hanya RM 130 sahaja- untuk nursing RM 150 sahaja)

29 - 30 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN TUDUNG / TELEKUNG (promosi hanya RM 130 sahaja)
** tudung yang akan dijahit adalah ariani dan ala-ala fareeda (layer)

Kelas akan bermula jam 10.30 pagi - 5 petang


Jika anda survey-survey, kelas yang Jalabiyahouse tawarkan lebih murah dan berpatutan. Selain konsep belajar sampai pandai, anda tak akan dicaj sekiranya ingin extend hours kerana kami berpendapat, ilmu yang dicurahkan adalah bagi membantu yang memerlukan.

SMS segera untuk booking tempat ye ke 016 205 7647

Kenapa Jalabiyahouse ?

1. Ruang belajar selesa, ada ruang makan, solat, ruang menjahit
2. Mesin 7 biji , portable dan highspeed - kalau nak bawa mesin sendiri, boleh juga
3. Dekat dengan nagoya- kalau nak beli kain pun boleh, saya boleh advise berapa meter mengikut saiz badan dan corak
4. Tempat makan banyak (dalam Carrefour)
5. Belajar 2 hari untuk satu pattern, tak perlu rushing2.


SMS segera untuk booking tempat ke 016 205 7647 (fiza)


No comments:

Post a Comment