JUALAN NOTA, POLA DAN KIT JAHITAN

Salam semua;

Sempena bercuti 5 bulan untuk persediaan kelahiran anak saya ke empat, operasi Jalabiyahouse dihentikan seketika, namun berdiam diri bukanlah sifat sebenar saya.

Saya telah membuat pelancaran untuk penjualan nota, pola dan kit jahitan secara online. Boleh refer disini ye semua-semua. dah ada yang mengorder, isi form saja yer......nanti saya balas email anda semua


sekiranya ada masalah, boleh lah hubungi saya yer. antara yang menarik :



Dapatkan sebelum kehabisan yer....



PENGUMUMAN - JALABIYAHOUSE AKAN DITUTUP SEMENTARA

Assalamualaikum;

mesti terkejut kan dengan title kat atas ni...hehehe

Okay, diulang yer semua student dan bakal student JHouse; kedai dan operasi JHouse akan ditutup sementara bermula 8 Oktober 2012 sehingga 31 Januari 2013 kerana saya akan berehat untuk menumpukan kepada kelahiran bayi saya yang ke empat.....insyaAllah.

Bukan terus tutup ye. sementara itu, lokasi Jalabiyahouse yang baru akan dibuka pada 1 Februari 2013 dengan kedai konsep baru...(masih dalam perancangan). Tungguuuu yer.

Jadi kepada sesiapa yang masih bermasalah dan nak belajar buat baju raya untuk Raya Aidiladha...dialu-alukan ke kelas yang akan diadakan pada tarikh berikut. hanya yang bayar deposit dan booking sahaja boleh datang yer.

Kelas akan mengikut pattern yang ditetapkan bagi memudahkan pengajaran. ini tarikhnya.

22-23 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN JUBAH / DRESS MODEN / KURUNG MODEN(TAMBAHAN KEPADA YANG NAK NURSING JUBAH JUGA BOLEH JOIN) (promosi hanya RM 130 sahaja- untuk nursing RM 150 sahaja)

29 - 30 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN TUDUNG / TELEKUNG (promosi hanya RM 130 sahaja)
** tudung yang akan dijahit adalah ariani dan ala-ala fareeda (layer)

6 -7 OKTOBER - BENGKEL JAHITAN BAJU KURUNG TRADISIONAL / RIAU / PAHANG (YURAN RM 150 SAHAJA)


ingat yer......3 minggu ja lagi kelas akan dibuka, selepas itu saya akan bercuti panjang, walaupun berehat, saya akan adakan projek baru untuk tahun 2013...nantikan yer.

Kepada yang nak join kelas, SILA SMS KE 016 205 7647 (SMS ONLY), semua yang booking dengan bayaran sahaja boleh join.



Kelas Bulan September 2012 - Pengalaman Jual Baju Kanak-kanak

Assalamualaikum semua;

terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya...belum terlambat rasanya sebab saya pun masih bercuti raya...raya sakan tahun ni..hahaha....

Saya pasti raya tahun ni memberi seribu makna kepada semua, terutama kepada pelajar-pelajar Jalabiyahouse yang bertungkus lumus menyiapkan baju hasil jaitan sendiri. terasa puas kan bila anak-anak dan suami  dan diri sendiri pakai baju yang dijahit sendiri. Manis sangat pengalaman tu, walaupun ada student2 yang masih tak berapa mahir, jahitan tak berapa lurus, tapi alangkah bangganya bila dapat mengaku..." baju ni saya jahit sendiri"...

Kebaikannya....kain kita dapat beli corak yang kita suka.....pattern ikut badan sendiri, tak ada masalah ketat sana, longgar sini......

Perjuangan Jalabiyahouse turut diteruskan semasa Ramadhan lepas, Jalabiyahouse berjaya menjual lebih 100 pasang baju kurung kanak-kanak....banyak permintaan sebenarnya untuk baju kurung kanak-kanak. gerai tak sempat bukak, dah ada pemborong call untuk borong baju..

gerai baru buka setengah jam, dah habis 40 pasang terjual.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi usahawan baju kurung kanak-kanak, anda jangan bergantung kepada tailor atau supplier luar, anda sendiri boleh jual dan untung 100%. 

Bagi menyambut Raya Aidil Adha, Jalabiyahouse teringin mengadakan BENGKEL JAHITAN BAJU KANAK-KANAK yang merangkumi fesyen yang saya akan nyatakan dijadual dibawah. Sesiapa yang teringin nak memulakan karier menjual baju kana-kanak, silakan untuk join. Selain itu, saya sediakan juga bengkel Jahitan Jubah / Dress Moden kerana Raya Aidiladha biasanya orang nak pakai jubah, dan nak jubah untuk dihadiahkan kepada ibu/ ibu mertua. Apa salahnya kan berhabis untuk orang tersayang.

Selain itu, Bengkel Jahitan Kurung Moden, Kurung Pahang tetap diteruskan seperti biasa ye. Check Jadual dan Book tempat segera.


8 - 9 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN KURUNG RIAU / PAHANG / KURUNG PESAK (promosi hanya RM 130 sahaja)

15 - 16 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN BAJU KANAK-KANAK ( 2 PATTERN AKAN DIAJAR IAITU KURUNG PAHANG, KURUNG MODEN KEMBANG ) (promosi hanya RM 200 sahaja)

22-23 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN JUBAH / DRESS MODEN (TAMBAHAN KEPADA YANG NAK NURSING JUBAH JUGA BOLEH JOIN) (promosi hanya RM 130 sahaja- untuk nursing RM 150 sahaja)

29 - 30 SEPTEMBER - BENGKEL JAHITAN TUDUNG / TELEKUNG (promosi hanya RM 130 sahaja)
** tudung yang akan dijahit adalah ariani dan ala-ala fareeda (layer)

Kelas akan bermula jam 10.30 pagi - 5 petang


Jika anda survey-survey, kelas yang Jalabiyahouse tawarkan lebih murah dan berpatutan. Selain konsep belajar sampai pandai, anda tak akan dicaj sekiranya ingin extend hours kerana kami berpendapat, ilmu yang dicurahkan adalah bagi membantu yang memerlukan.

SMS segera untuk booking tempat ye ke 016 205 7647

Kenapa Jalabiyahouse ?

1. Ruang belajar selesa, ada ruang makan, solat, ruang menjahit
2. Mesin 7 biji , portable dan highspeed - kalau nak bawa mesin sendiri, boleh juga
3. Dekat dengan nagoya- kalau nak beli kain pun boleh, saya boleh advise berapa meter mengikut saiz badan dan corak
4. Tempat makan banyak (dalam Carrefour)
5. Belajar 2 hari untuk satu pattern, tak perlu rushing2.


SMS segera untuk booking tempat ke 016 205 7647 (fiza)


BENGKEL JAHIT SENDIRI BAJU RAYA DITERUSKAN SEHINGGA HARI RAYA

Salam semua;

Ramadhan semakin hampir, dah siap baju raya?

pastinya dah tak ada tailor yang hendak ambil tempahan. Cabaran buat wanita diluar sana. Kesibukan menjadi penghalang, nak bawak baju ke kedai jahit, pilih kain, untuk anak-anak lagi...tak sempat tu.

Tapi jangan bimbang, sejak Jalabiyahouse buat Bengkel JAHIT SENDIRI BAJU RAYA sejak 3 minggu lepas, 15 orang peserta telah menyiapkan sepasang baju raya, dan ada yang excited, balik rumah terus siapkan lagi 3 pasang baju. wahh...sangat mengujakan.

Apa lagi, jadikan semnagat mereka ini pencetus semangat anda.

Kami teruskan lagi BENGKEL JAHIT BAJU RAYA SENDIRI sehingga 12 OGOS, seminggu sebelum raya.

Rebut peluang ini, namun pada bulan Ramadhan, kelas akan dibuat sehingga jam 2 petang sahaja. Ada perubahan jadual ya. Sila rekod dalam hphone/ buku nota masing-masing.

Cepat--cabar diri anda melakukan sesuatu yang luar biasa....

Berikut jadual bengkel ye. Sehingga 12 Ogos 2012.

14 - 15 Julai : BENGKEL BUSANA MODEN (KURUNG MODEN DAN JUBAH MODEN)
10 pagi - 5.30 petang


28 - 29 Julai : BENGKEL BUSANA TRADISIONAL (KURUNG BIASA, RIAU DAN PAHANG)
9.00 pagi - 2 petang


4-5 Ogos : BENGKEL BUSANA MODEN (KURUNG MODEN DAN JUBAH MODEN) DAN TAMPALAN 1 JENIS DESIGN MANIK
9 pagi - 2 petang


11-12 Ogos : BENGKEL BUSANA TRADISIONAL ( KURUNG BIASA, RIAU DAN PAHANG) DAN TAMPALAN 1 JENIS DESIGN MANIK
9 pagi - 2 petang


Macam biasa, kain, benang dan zip disediakan oleh pelajar kerana saya takut zip dan benang yang saya ada tidak sesuai dengan warna kain anda.


Cepat SMS untuk book tempat ye........


016 205 7647

BENGKEL EKSKLUSIF "JAHIT SENDIRI BAJU RAYA"

Assalamualaikum semua;

Berjumpa kembali;

semua pastinya sibuk dengan persiapan hari raya. Sekarang ni ramai tailor dah tutup kedai yer sebab tempahan mencurah2 masuk. Dah tak ada tailor nak buat baju raya lagi. lebih ekstrem kalau yang dah close order sejak bulan april lagi.

Namun Jalabiyahouse ada penyelesaian untuk anda yang gagal mencari tailor untuk menjahit baju raya anda.

Kami akan adakan bengkel 2 hari untuk tolong anda buat baju raya sendiri. 

ada syarat-syarat yang perlu diikut ye. BAWA KAIN YANG AKAN ANDA BUAT BAJU RAYA. ANDA AKAN JAHIT DAN POTONG SENDIRI DENGAN BANTUAN JALABIYAHOUSE.


Seronok kan kalau dapat beraya dengan baju hasil air tangan sendiri? berbaloi-baloi.



SYARAT 
1. JENIS KAIN - COTTON/VISCOSE/ SATIN/ SBLINE/ JACQUARD - KECUALI CHIFON/ SUTERA DAN KAIN-KAIN LEMBUT YANG SUSAH NAK HANDLE.
2. BENANG - PERLU BAWA YANG SAMA WARNA DENGAN WARNA KAIN
3. ZIP - PERLU BAWA YANG SAMA DENGAN WARNA KAIN


LAIN-LAIN PERALATAN- DISEDIAKAN SECARA PERCUMA


KALAU TAK PANDAI BELI KAIN, BOLEH DAPAT KHIDMAT NASIHAT PERCUMA DENGAN KAMI, KITA AKAN ADA TRIP KE NAGOYA UNTUK BELI KAIN SETIAP KALI KELAS DIADAKAN

KAIN LINING TIDAK DIBENARKAN

dengan ini, saya announce

BENGKEL KHAS "JAHIT BAJU RAYA SENDIRI" anjuran JALABIYAHOUSE pada Bulan JUN 2012 DAN JULAI 2012

1. BENGKEL JAHIT BAJU MELAYU DEWASA / KANAK-KANAK - RM 250

TARIKH : 16 -17 JUN 2012
MASA : 10 PAGI - 6 PETANG
SYARAT : BOLEH BUAT BAJU KURUNG
BAWA KAIN YANG ANDA AKAN BUAT BAJU RAYA (REFER SYARAT DIATAS- TULISAN BIRU)


2. BENGKEL EKSKLUSIF BUSANA MODEN (KURUNG MODEN/JUBAH) - RM 180

TARIKH : 30 JUN DAN 1 JULAI 2012
MASA : 10 PAGI - 6 PETANG
SYARAT : BAWA KAIN UNTUK BAJU RAYA (REFER SYARAT DIATAS- TULISAN BIRU)


3. BENGKEL EKSLUSIF BUSANA TRADISIONAL (KURUNG RIAU/ KURUNG PESAK DAN KURUNG PAHANG) - RM 180

TARIKH : 7 JULAI - 8 JULAI 2012
MASA : 10 PAGI - 6 PETANG
SYARAT : BAWA KAIN UNTUK BAJU RAYA (REFER SYARAT DIATAS- TULISAN BIRU)

4. BENGKEL EKSKLUSIF MANIK CRUMBLE UNTUK BUSANA RAYA ANDA (RM 180)


TARIKH : 14 JULAI - 15 JULAI 2012
MASA : 10 PAGI - 6 PETANG
SYARAT : BAWA BAJU RAYA (3 PASANG BAJU DIBENARKAN UNTUK 3 TEKNIK CRUMBLE ADVANCED YANG PASTINYA MEMUKAU DIPAGI RAYA)

SEKIRANYA ANDA JOIN KELAS JAHITAN BAJU DAN MANIK PADA BAJU YANG ANDA HASILKAN ITU, ADA DISKAUN YER RM 30 POTONGAN HARGA.

CEPAT-CEPAT, BOOK TEMPAT ANDA. CALL / SMS 016 205 7647

Jadual Kelas Mei 2012

Salam semua;

lama dah x buat kelas...sebab ada Family day, kemudian nanti penghujung mei ada kenduri pulak......isk, kena hadkan lah sikit time untuk kelas menjahit. so untuk bulan 5 ni, dua kali sahaja kelas dapat diadakan seperti dibawah :

12 Mei - Kelas intensif SATU HARI MEMBUAT BAJU KURUNG- sebagai persediaan untuk Aidilfitri 2012 (RM 120 sahaja)


13 Mei - Kelas intensif SATU HARI MEMBUAT JUBAH MODEN (RM120 sahaja)


26 Mei - Kelas intensif  SATU HARI JAHITAN MANIK ADVANCED----pattern-pattern vogue untuk hari raya (RM 100 sahaja)


27 Mei - Kelas intensif SATU HARI MENJAHIT TUDUNG ARIANI, CHIFFON, dan SYRIA (RM 150 sahaja)

sekiranya anda berhajat untuk menerima tempahan dan membuat persediaan menjahit baju sendiri dihari raya nanti.....Jalabiyahouse sedia memberikan yang terbaik untuk anda...


jumpa di kelas ya....

mula : 9.30 pagi - 6 petang
lokasi : rujuk map ye....di sebelah Carrefour Bukit Rimau, Shah Alam

Jadual Kelas Bulan April 2012 : Kelas Teknik Advanced Jahitan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Dalam bulan Mac, banyak perkara telah berlaku, ada pahit ada manis...namun semuanya ada hikmah.

Dimaklumkan ada kelas baru pada bulan April. Tengok-tengok dan jenguk-jenguk yer.

1 April 2012 : Kelas Pakej Moden ( (Jubah, Blouse dan Kurung Moden)

7 April - 8 April - Kelas Pakej Tradisional (kurung lining dan kurung tradisional)

14 April - Kelas Pakej Baju Kanak-kanak

15 April - Kelas Pakej moden (Jubah, Blouse dan Kurung Moden)

21 April - Kelas Tudung

22 April - Kelas Pakej Tradisional (Kurung Riau , Kurung Pahang)

------------------TERKINI ----------------------------

28 - 29 April  - KELAS Teknik-teknik ADVANCED Jahitan dan Praktikal Jahitan ADVANCED


Yuran  : RM 220 sahaja (potongan RM 20 untuk ex-student Jalabiyahouse)
Tarikh : 28 dan 29 April 2012
Masa   : 9.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Jalabiyahouse Bukit Rimau, Shah Alam

Syarat : pernah menjahit baju sekurang-kurangnya baju kurung tradisional 


Deposit booking RM 100 ke akaun Maybank 16211 582 9554 - NOOR HAFIZAH BINTI HASHIM
hanya untuk 15 orang terawal sahaja

Peralatan semua disediakan, makan tengahari dan sijil disediakan.

Anda akan diajar cara untuk melakar/ memotong dan menjahit item di bawah :

Bahagian 1:Teknik Asas Jahitan
1. Zip
2. Box pleat
3. Godet
4. Sambungan lengan moden semudah ABC
5. dart
6. Leher interface

Bahagian 2:Jenis-jenis leher
1. Leher piping
2. leher bulat
3. leher V
4. leher ceongsam
5. leher empire dress
6. leher peter pan
7. leher sailor

Bahagian 3:Jenis-jenis lengan
1. lengan cuff
2. jahitan getah
3. teknik puff
4. raglan sleeve
5. kimono style
6. leg of mutton
7. flounce cuff

Bahagian 4:Jenis-jenis pinggang dan zip 
1. zip seluar
2. Zip sorok
3. pinggang getah dan bakrum


Bahagian 5:teknik memotong
1. memotong princess cut dress
2. memotong circle skirt
3. memotong empire dress


Jumpa anda nanti di bulan April.......

Gambar Kelas Pattern Drafting - 17 Mac 2012

Salam semua...

Selesai sudah Kelas pattern drafting denga kak Kasuma....bestnyer, banyak benda baru belajar.

InsyaAllah, kalau ada rezeki, kita akan bersama Kak Kas lagi.

Enjoy the picture.

peralatan asas

pengenalan.....cik baiti...asyik tul




suz...my student jugak


ukur dulu...rini n baiti


abis peluk2....hihhih


baju contoh cikgu kas



lukis orang2....- figure body....


ni dia figure body......cun kan cikgu lukis

berebut minta cikgu sain....macam artis lak

sijil diberikan...makan tghari dan petang...plus cikgu belanja kek....sedapp


dah siap2 nak balik

rini

hana

kak aza

suzanne

siti

cik baiti

comei jer cik ni..lupa lak nama FB tadi, beauty ke ape? alamak,...sory, nnti add akak yer:
Alya danisya....




Silibus Kelas Pattern Drafting

Salam sayang....

Kepada yang masih berkira2 nak join ke tak kelas pattern drafting, saya senaraikan apa yang akan dipelajari. Memang banyak pattern dan berbaloi..


Silibus Kelas Pattern Drafting

Main Subject:
1. How to draf your basic bodice block
2. Basic adaptation of the basic bodice block
    i. Princess Line
    ii. Empire Line
    iii. Yoke

3. Skirt Adaptation
   i. Basic Skirt
   ii. Box Pleats
   iii. Panel Skirt
   iv. Circle Skirt
   v. Cowl
   vi. Yoke Skirt

4. Adaptation Bodice and Sleeve
   i. Flare sleeve
   ii. Gathered into a cuff
   iii. Bishop Sleeve
   iv. Puff sleeve
   v. Gathered head sleeve
   vi. Pleated head sleeve (log of mutton sleeve)
   vii. Raglan Sleeve
   viii. Cap Sleeve
   ix. Flare Cape

Banyakkan? berbaloi sangat dengan RM 180 saja.


Terbaik ::: Sekiranya anda menyertai kelas Pattern Drafting ini, kami menawarkan Diskaun RM 30 dengan Pakej kelas jahitan Jalabiyahouse.


SMS atau call saya di 016 205 7647

Anda cuma sediakan buku nota saja. Cepat2...........tempat untuk 15 orang sahaja....

Jawatan Kosong di Jalabiyahouse

Salam semua;

Semoga anda semua sihat dan sejahtera hendaknya. Walaupun Jalabiyahouse dipenuhi dengan bermacam dugaan dan cabaran, namun masih teguh berdiri dan masih lagi sedia memberikan yang terbaik untuk anda semua.

Kami ingin mengumumkan bahawa:

1. Kelas hujung minggu diteruskan seperti biasa- jemput datang ye.
2. Kami ingin membuka tawaran jawatan kosong--sebagai tukang jahit tudung dan baju kurung. Kadang-kadang akan menjadi assistant saya semasa kelas jahitan- Gaji RM 800

sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di 016-205 7647.

Kerja menjahit di kedai, tetapi anda tidak akan berhadapan dengan customer yang cerewet, kerana kami mengambil tempahan pukal dari peniaga-peniaga.

Tambahan pula, saya akan mengambil anda menjadi anak murid saya dulu sebelum memulakan kerja. saya akan ajar sehingga anda mahir.

Kalau nak mencuba, apa salahnya. Banayk ilmu yang ada di Jalabiya House- Grab it...


Jadual Kelas Bulan MAC 2012 - Jom Belajar Menjahit

Assalamualaikum;

Dah nak masuk bulan MAC.......terasa cepat masa berlalu.

Dengan lafaz Bismillah, saya announce kan Jadual Bulan Mac....

JADUAL BULAN MAC DAN SURPRISE DARI JALABIYAHOUSE UNTUK ANDA:

3 Mac : Kelas Jahitan Manik CRUMBLE
Anda diminta bawa baju masing-masing untuk disiapkan semasa kelas. Saya akan ajar 3-5 pattern dan akan advise mana yang bersesuaian digunakan untuk baju anda termasuk manik-manik yang boleh digunakan.

Yuran Termurah : hanya RM 100 sahaja (basic kit disediakan, tetapi kalau untuk diletak dibaju anda, anda boleh bawa sendiri manik atau beli dikedai dengan harga serendah RM 1.50 sahaja sepeket. Sangat berbaloi.

4 Mac : Kelas Pakej Tradisional (Kurung Riau dan Pahang)

10-11 Mac : Kelas Pakej Moden dan PAKEJ GURU

Penerangan  Pakej Guru
Kelas Jahitan Untuk Cikgu-cikgu. Kelas ini khas untuk Cikgu-cikgu yang sedang bercuti dan ingin belajar menjahit, dan memandangkan sekolah kena pakai pakaian tradisional maka saya wujudkan pakej khas untuk guru.

Pakej Guru- Special (hanya dibuka semasa cuti sekolah sahaja). Jahitan yang akan dipelajari adalah :
1. Jahitan Baju Kurung Riau
2. Jahitan Baju Kurung Pahang
3. Jahitan Jubah

Yuran hanyalah RM 280 sahaja.


17 Mac - KELAS PATTERN DRAFTING -
Guru Jemputan : Cikgu KASUMA ALWANI ZAINI dari Pulau Pinang
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik buat pola yang kebiasaannya tak ramai orang tahu.

Yuran : Hanya RM 180 (makan disediakan)

18 Mac - Kelas Pakej Tudung

24 - 25 Mac -  Kelas Pakej LANGSIR - SURPRISE - dibatalkan kerana guru langsir tidak dapat hadir
Guru jemputan : akan dimaklumkan nanti
Anda akan mempelajari 5 pattern asas dan variety box pleat
1. french pleat
2. box pleat asas
3. box pleat double layer
4. pelmet
5. singapore pleat

digantikan dengan

24 - 25 Mac -  Kelas Pakej TRADISIONAL (KURUNG RIAU DAN PAHANG)

31 Mac - Kelas Pakej Tradisional - dibatalkan kerana ada kenduri kahwin saudara


1 April - Kelas Pakej Moden - berjalan seperti biasa


Cepat : boleh booking tempat sekarang.


Pengumuman : Sekiranya anda adalah tenaga pengajar dan berminat untuk membuat Kelas di Shah Alam, tetapi tiada kemudahan tempat, bolehlah menghubungi saya.


Saya menyediakan servis sewa tempat termasuk peralatan menjahit dengan harga berpatutan.
email query ke jalabiyahouse@gmail.com atau call 016 205 7647

Gambar Kelas Manik 3D- Rabiah Collection dan Jalabiyahouse-Meriah.....

Salam;

Ni gambar kelas Manik 3D kerjasama antara Jalabiyahouse dan Rabiah Collection, sangat meriah, best dan best..

Sesiapa tak join, rugi sangat, dan kalau ada lagi lepas ni, kami akan anjurkan lagi yer....insyaAllah






































JANGAN TERPEDAYA....SEMUA DIATAS, SEMUA HASIL CIPTAAN CIKGU EFFA.......DEN PUNYER, KAT BAWAH NI HAH...TERKEPOT KT BAWAH SEKUNTUM...HHIIHI



Cun giler baju cikgu


nila cikgu comel

siapa join kelas manik, dapat diskaun RM30 untuk kelas jahitan dengan jalabiyahouse

sijil diberikan

makan ditanggung...sedap lak tu masakan




muker aku...apsal jadik camtu...muka stress penat hehehe, tapi besttt...betul tak kengkawan??

kawan2 baru...ada dr semenyih, Pantai dalam, seremban. shah alam, dan banyak tempat lagi...komitmen yang bagus demi ilmu...semoga semua diberkati dan dimurahkan rezeki,  InsyaAllah