Assalamualaikum;
Seminggu sudah berlalu, banyak aktiviti Jalabiyahouse telah berlaku.
Pertama, Kelas langsir di SUK Selangor dan
Kelas Manik 3D (hari pertama).......
Seronok tak terkata dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru semasa belajar manik 3D...ilmu yang amat berguna.
Tetapi saya telah diuji kali ini ------HANDPHONE KESAYANGAN SAYA HADIAH DARI SUAMI TERCINTA TELAH HILANG SEMASA KELAS BERLANGSUNG.
Ssungguh saya tak sangka, begitu berat dugaan ini...kerana beratus-ratus nombor student dan customer saya berada di dalamnya. Sangat menyedihkan, tatkala saya membuka pintu Jalabiyahouse untuk perkenalan semua dan tempat belajar, ini yang saya dapat. Orang itu memang berniat mengambil hphone tersebut kerana saya cuba call, tapi voice message sedangkan saya caj bateri full.
Tapi tak mengapa, saya doakan yang terbaik untuk orang itu. Semoga perangai suka mencuri tidak diperturunkan kepada anak-anak..kerana kalau mak mencuri, pastilah anaknya akan menjadi PEROMPAK...Allah bayar cash...
Saya tak risau, saya cuma hilang handphone, cuma saya risau, orang yang mencuri itu, Allah bayar cash, takut kalau-kalau dia akan kehilangan nyawa, harta paling berharga, sebab diakhir zaman, Allah bayar cash.
Kalaulah pembalasan Allah adalah kehilangan nyawa anak, rumah terbakar, atau kemalangan yang tidak disangka, Subhanallah...semoga dia dilindungi, saya doakan agar dia dirahmati.
Namun yang berlalu telah berlalu...sesiapa yang nak berhubung dengan saya boleh hanya melalui email sahaja. Saya akan cuba dapatkan nombor saya semula secepat mungkin. Saya sayang sangat nombor 010 2467 647, banyak memberi erti dan kenangan manis sepanjang karier saya di JalabiyaHouse. Nantikan gambar2 menjahit manik akan saya upload kemudian.....saya tak ada nafsu nak upload sekarang...
No comments:
Post a Comment